::~ :: HiDaYaH ::~::

Monday, December 25, 2006

Insights of a Muslim judge


A man came to Iyas Ibn Mu'awiyah, a Muslim judge famous for his wisdom and the following conversation took place between them:

Man: What is the Islamic ruling regarding wine?

Judge: It is Haram (Forbidden).

Man: How about water?

Judge: It is Halal (Permissible).

Man: How about dates and grapes?

Judge: They are Halal.

Man: Why is it that all these ingredients are halal, and yet when you combine them, they become haram?

The judge looked at the man and said: If I hit you with this handful of dirt, do you think it would hurt you?

Man: It would not.

Judge: How about if I hit you with this handful of straw?

Man: It would not hurt me.

Judge: How about a handful of water?

Man: It surely would not hurt me.

Judge: How about if I MIX them, and let them DRY to become a BRICK, and then hit you with it, would it hurt you?

Man: It would hurt me and might even kill me!

Judge: The same reasoning applies to what you asked me!!

(source: www.darulkautsar.com)

Thursday, December 21, 2006

Kebenaran Islam pikat Maryam Jameelah



“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.

“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya. Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.

“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.

Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.

Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.

Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah, penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.

Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.

“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.

“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.

“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.

Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.

Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.

Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.

Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.

Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.

Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.

Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.

Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.

Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.

Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.

Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.

Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.

Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.

“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.

Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.

“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.

“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.

“Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.

Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.

Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.

“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi,” katanya lagi.

Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.

Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.

“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.

“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,” katanya.

Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.

Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan.

(sumber: Utusan Malaysia 21 Dis 2006)

Wednesday, December 20, 2006

INTERESTING CONVERSATION


INTERESTING CONVERSATION
(between an atheist professor and his muslim student)

(darulkautsar)


An atheist professor of philosophy speaks to his class
on the problem science has with God, The Almighty.

He asks one of his new Muslim students to stand
and.....

Professor: You are a Muslim, aren't you, son?

Student : Yes, sir.

Professor: So you believe in God?

Student : Absolutely, sir.

Professor: Is God good?

Student : Sure.

Professor: Is God all-powerful?

Student : Yes.

Professor: My brother died of cancer even though he
prayed to God to heal him. Most of us would attempt to
help others who are ill. But God didn't. How is this
God good then? Hmm? (Student is silent.)

Professor: You can't answer, can you? Let's start
again, young fella. Is God
good?

Student :Yes.

Professor: Is Satan good?

Student : No.

Professor: Where does Satan come from?

Student : From...God...

Professor: That's right. Tell me son, is there evil in
this
world?

Student : Yes.

Professor: Evil is everywhere, isn't it? And God did
make everything. Correct?

Student : Yes.

Professor: So who created evil? (Student does not
answer.)

Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred?
Ugliness? All these terrible things exist in the
world, don't they?

Student :Yes, sir.
Professor: So, who created them? (Student has no
answer.)

Professor: Science says you have 5 senses you use to
identify and observe the world around you. Tell me,
son...Have you ever seen God?

Student: No, sir.

Professor: Tell us if you have ever heard your God?

Student : No , sir.

Professor: Have you ever felt your God, tasted your
God, smelt your God? Have you ever had any sensory
perception of God for that matter?

Student : No, sir. I'm afraid I haven't.

Professor: Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Professor: According to empirical, testable,
demonstrable protocol, science says your GOD doesn't
exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Professor: Yes. Faith. And that is the problem science
has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Professor: Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Professor: Yes.

Student : No sir. There isn't.

(The lecture theatre becomes very quiet with this turn
of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more
heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat
or no heat. But we don't have anything
called cold. We can hit 458 degrees below zero which
is no heat, but we can't go any further after that.

There is no such thing as cold. Cold is
only a word we use to describe the absence of heat. We
cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the
opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)

Student : What about darkness, Professor? Is there
such a thing as darkness?

Professor: Yes. What is night if there isn't darkness?


Student : You're wrong again, sir. Darkness is the
absence of something. You can have low light, normal
light, bright light, flashing light....But if you have
no light constantly, you have nothing and it's called
darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it
were you would be able to make darkness darker,
wouldn't you?

Professor: So what is the point you are making, young
man?

Student : Sir, my point is your philosophical premise
is flawed.

Professor: Flawed? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of
duality. You argue there is life and then there is
death, a good God and a bad God. You are viewing the
concept of God as something finite, something we can
measure. Sir, science can't even explain a thought. It
uses electricity and magnetism, but has never seen,
much less fully understood either one. To view death as

the opposite of life is to be ignorant of
the fact that death cannot exist as a substantive
thing. Death is not the opposite
of life: just the absence of it. Now tell me,
Professor. Do you teach your students that they
evolved from a monkey?

Professor: If you are referring to the natural
evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your
own eyes, sir?

(The Professor shakes his head with a smile, beginning
to realize where the argument is going.)

Student : Since no one has ever observed the process
of evolution at work and cannot even prove that this

process is an on-going endeavour, are you not teaching

your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class is in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever
seen the Professor's brain?

(The class breaks out into laughter.)

Student : Is there anyone here who has ever heard the
Professor's brain, felt it, touched or smelt it?.....No one

appears to have done so. So, according to the established

rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science
says that you have no brain, sir. With all due
respect, sir, how do we then trust your lectures,
sir?

(The room is silent. The professor stares at the
student, his face unfathomable.)

Professor: I guess you'll have to take them on faith,
son.

Student : That is it sir.. The link between man & god
is FAITH. That is all that keeps things moving &
alive.

Wednesday, December 13, 2006

Islam

Just a brief view..

Eugene Abdul Azim ingin tahu bawanya kepada Islam


“KALAU puan hendak tanya apakah faktor yang menyebabkan saya memeluk agama Islam? Itu sesuatu yang sukar hendak dijawab secara lebih khusus atau pasti.

Inilah yang dikatakan suratan takdir.” Begitulah luahan ikhlas Perunding Kewangan, Eugene Abdul Azim Abdullah, 37, pada pertemuan yang dirancang sehari sebelum itu.

Ini kerana kata anak kelahiran negeri Melaka itu, pencariannya kepada Islam serta niat awal yang membawa kepada penyelidikan tentang zat Pencipta atau Allah tercetus daripada rasa ingin tahu kira-kira 18 tahun yang lalu.

“Pada masa itu saya sedang mengikuti pengajian di Institute of Arts yang pada masa itu beroperasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dalam bidang Reka Bentuk Grafik. Memandangkan saya ini jenis yang selalu mempersoalkan kenapa alam ini terjadi?, kenapa manusia dijadikan? dan banyak lagi pertanyaan yang datang bertalu-talu dalam diri yang memerlukan jawapan menyebabkan saya mula mencari dan menyelidik.

“Yang pastinya, setiap soalan itu saya tidak pernah putus asa mencari sehingga saya rasa puas dan yakin. Malah untuk sampai ke tahap terima hidayah Allah ini, tidaklah semudah seperti saudara baru yang lain. Namun, saya yakin semua itu ada hikmah di sebaliknya.

“Berbalik kepada cerita awal kepada pencarian kebenaran saya, waktu di kolej itulah saya mula membuat kajian beberapa agama dan seterusnya melakukan perbandingan agama menerusi pelbagai sumber ilmu.

“Alhamdulillah, seorang teman memberikan buku berjudul, The Choice karangan Sheikh Ahmad Deedat dan kemudiannya saya berpeluang menonton video memaparkan dialog tentang perbandingan agama seterusnya pernah mengikuti ceramah Sheikh Ahmad Deedat sewaktu kunjungannya ke Malaysia,” cerita anak sulung daripada empat adik-beradik yang dibesarkan dalam keluarga yang beragama Buddha.

Tambah Eugene, dalam tempoh pencarian itu juga beliau pernah bergelar seorang Kristian tetapi bertahan lebih kurang tiga tahun. Mengapa beliau tidak terus dengan agama tersebut juga, kata bapa kepada empat cahaya mata ini adalah kerana Allah. Beliau percaya semua itu ada sesuatu yang hamba-Nya tidak mengetahui.

“Nak dijadikan sebab, pada hari saya hendak dibaptiskan, bapa dapat tahu. Ugutan bapa akan terputus hubungan kekeluargaan jika saya teruskan dengan niat menjadi Kristian apatah lagi pada masa itu usia saya belum mencecah 21 tahun telah merencatkan perancangan meneruskan niat pada masa itu.

Hikmah

“Namun bila saya kenang semula, saya melihat ini sebagai perjalanan hidup yang telah ditentukan Allah kepada seseorang hambanya. Saya melalui hari-hari seterusnya tidak dalam kekecewaan kerana saya berpegang dengan kata-kata hikmah daripada seorang pakar motivasi, Anthony Robins yang berbunyi, Allah melambatkan sesuatu permintaan itu tidak bermakna Ia menolaknya.

“Ini kerana apabila saya bertemu dengan agama Islam itulah saat yang paling bermakna dalam kehidupan ini. Hakikatnya, Islam adalah agama yang fitrah (semulajadi) dan cantik. Selain itu, ada unsur magis atau keajaiban dalam Islam cuma ia tidak nampak dengan mata kasar. Seseorang individu Islam perlu menyelaminya barulah mampu menemuinya,” kata Eugene yang memeluk Islam pada 13 Disember 1993 di rumah seorang teman yang terletak di Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Majlis pengislaman itu telah disempurnakan oleh Ustaz Harun Din.

Katanya lagi, berkunjung ke Muzium Kesenian Islam semasa berlangsungnya Pameran Islam benar-benar membuka mata serta hatinya bahawa agama Islam adalah agama universal dan bukan hak milik orang Melayu. Paparan poster masjid-masjid yang terdapat di China, mengukuhkan dan menjelaskan bahawa Islam lebih lama bertapak di negara itu berbanding Malaysia.

Apabila diminta berkongsi bagaimana unsur luar biasa yang pernah dilaluinya, akui Eugene bagaimana peluangnya menunaikan umrah biarpun pada masa itu, dalam tangan langsung tidak ada sejumlah wang untuk ke Tanah Suci Mekah.

“Entah macam mana seorang teman, Mazlan Junid telah mengajak saya bersamanya mengerjakan umrah dengan semuanya ditanggung beres. Padahal pada masa itu saya langsung tidak terlintas berpeluang ke sana kerana ketiadaan belanja yang mencukupi. Kalau dah rezeki... tidak ke mana.

“Seperkara lagi, untuk ke sana saya perlu menukar nama asal yang terdapat di pasport kepada nama Islam. Sedangkan saya hanya ada tempoh 11 hari untuk menyiapkan serba-serbi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah tidak sampai sejam.

“Itu lebih menguatkan lagi keyakinan dan kepercayaan saya terhadap bukti kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui dalam segala-galanya,” akui Eugene peluang menunaikan umrah pada Ramadan 2002 adalah pengalaman paling bermakna kerana ketika berada di sanalah itulah umat Islam dapat menyelarikan semula apa yang ditemui dalam ilmu dan dibuktikan dengan sejarahnya.

Berkongsi kisah reaksi keluarga, jelas Eugene ibu bapa mana yang tidak marah apabila mendengar anak yang mereka besarkan memilih kepercayaan yang berbeza apabila mereka dewasa.

“Saya peluk Islam tanpa pengetahuan keluarga dan masih tinggal dengan mereka biarpun sudah Islam. Saya berusaha menunaikan tanggungjawab seorang Muslim secara bersembunyi. Namun lama kelamaan, saya mengambil keputusan berpindah dan saat itulah keluarga mula mengesyaki yang saya sudah bertukar agama.

“Sewaktu saya berkahwin dengan isteri, Puteri Ameiza Megat Ameir Noordin pada 1995, keluarga masih lagi marah tetapi apabila lahirnya anak lelaki, saya kuatkan semangat membawa mereka pulang ke rumah keluarga. Bagi saya cincang air tidak akan putus. Alhamdulillah, hati ayah lembut apabila melihat cucu lelakinya,” kata Eugene bersyukur kemelut hubungan antara mereka sekeluarga tidak berlarutan sehingga bertahun-tahun.


(sumber: UM 14 Dec 2006)

Sunday, December 10, 2006

Bagaimana mencari hidayah Allah?


Oleh ZUNAIDAH ZAINON

UMAT Islam era globalisasi berhadapan dengan pancaroba yang boleh merencatkan pertumbuhan Islam sebagai agama syumul. Serangan demi serangan yang datang bagaikan bom mortar hampir-hampir memusnahkan dunia Islam yang telah membina kegemilangannya sejak zaman Rasulullah s.a.w.

Namun, cabaran paling hebat yang harus ditanggung oleh umat Islam sejagat ialah isu murtad yang sejak kebelakangan ini menguak perhatian masyarakat.

Persoalannya, mengapakah orang Islam yang telah terdidik dengan ilmu agama sejak kecil boleh menukar haluan hidup mereka apabila menginjak ke usia dewasa? Apakah elemen yang masih kurang dalam jiwa mereka?

Pensyarah Jabatan al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed mengupas isu tersebut dengan memberikan panduan dan langkah-langkah untuk mengelakkan umat Islam terjebak dengan gejala negatif.

Al-Quran telah menekankan tentang hidayah sebagai jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah orang Islam. Ia boleh dirujuk kepada tiga perkara utama iaitu individu, sumber dan langkah-langkah untuk mendapatkan hidayah daripada Allah s.w.t.

Hidayah atau disebut dalam bahasa Arab sebagai muhtadin, yahtadan, huda atau hadi menunjukkan 309 tempat di dalam al-Quran. Terminologi lain mengenai hidayah atau disebut dalam bahasa Arab iaitu rashadan, rashidun, rashid, rushdan, yarshadun atau murshid disebut dalam 17 tempat di dalam al-Quran.

Secara keseluruhannya, sebanyak 326 tempat di dalam al-Quran Allah s.w.t. menekankan tentang hidayah. Hidayah maksudnya ialah petunjuk. Dr. Ruuhi al-Ba'alabaki dalam kamus al-Mawrid Arabic- English menterjemahkan sebagai: right guidance, right way, true religion. Dr. Mahmud Yunus dalam Kamus Arab Indonesia pula menterjemahkan sebagai petunjuk.

Sebenarnya hidayah menerusi penggunaan bahasa Arab bukanlah semestinya difokuskan kepada kehidupan beragama walaupun memang tidak dapat dinafikan bahawa kecenderungan ke arah itu yang lebih ketara.

Dalam maksud lain, konteks hidayah ini juga merangkumi panduan yang diperoleh dalam setiap kerja yang dilakukan agar mendapat natijah yang diharapkan. Seorang guru dilatih agar mengusai pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar.

Dalam konteks ini guru itu telah mendapat hidayah untuk memimpin para pelajarnya. Demikian juga istilah ini juga boleh digunakan kepada makhluk lain seperti lebah yang diberi hidayah oleh Allah untuk memilih madu dari ribuan spesies bunga yang ada di muka bumi. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t menerusi surah Taha ayat 50.

Kata Zahazan lagi, perkara yang menjadi fokus diskusi kita ialah hidayah yang berkaitan pemilihan cara hidup yang diredai Allah dan istiqamah dalam kehidupan hingga ke akhir hayat.

Kaitan manusia dan Allah s.w.t. dalam perkara inilah yang diistilahkan sebagai hidayah yang membezakan seorang Islam dari yang bukan Islam. Ini terkandung dalam surah al-Qasas, ayat 56.

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya, latar belakang turunnya ayat ini berkait dengan kes kewafatan bapa saudara Baginda, Abu Talib yang meninggal dunia dalam keadaan tidak Islam walaupun beliau sentiasa melindungi Baginda dalam kerja-kerja dakwahnya.

Alasan yang diberikan olehnya ketika saat nazak itu ialah kerana bimbangkan dicemuh oleh golongan wanita Quraisy bahawa beliau ini takut memeluk agama datuk nenek moyang mereka. (Riwayat Bukhari)

Dalam kes yang berasingan Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah berdoa kepada Allah s.w.t agar memberikan hidayah ibu Abu Hurairah agar memeluk Islam lalu dimakbulkan Allah.

Nabi s.a.w juga pernah berdoa ke hadrat Allah agar memberi hidayah kepada salah seorang daripada dua orang Quraisy yang sangat berpengaruh pada zaman itu. Baginda s.a.w berdoa, maksudnya: Ya Allah, kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua orang lelaki yang Engkau cintai ini: Abi Jahal ataupun Umar al-Khattab r.a. (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan al-Hakim, semuanya mengatakan sebagai sahih) Lalu Allah s.w.t. memilih Umar al-Khatab untuk diberikan hidayah.

Perkara berkaitan hidayah bukan sahaja disebut dalam al-Quran tetapi di dalam rutin bacaan sembahyang. Paling kurang dalam sehari, seseorang Muslim yang mendirikan solat lima waktu akan memohon hidayah sebanyak 17 kali berdasarkan kepada bacaan-bacaan rukun dalam sembahyang melibatkan al-Fatihah.

Ini tidak termasuk bacaan memohon hidayah ketika sujud dan duduk antara dua sujud. Demikian pula bacaan Qunut ketika solat Subuh dan witir, kita sentiasa memohon hidayah daripada Allah s.w.t.

Untuk memperoleh hidayah, individu yang terlibat mempunyai peranan yang cukup besar kerana hidayah Allah akan turun kepadanya. Allah s.w.t. memberikan ujian agar umatnya kembali kepada-Nya.

Bagaimana untuk mendapatkan hidayah? Sebenarnya, hidayah adalah muktasabat iaitu sesuatu yang boleh diusahakan. Ini dijelaskan dalam surah al-Jinn, ayat 1-3.

"Surah di atas jelas menunjukkan bahawa al-Quran adalah sumber utama untuk mendapatkan hidayah. Oleh itu, kita perlu membaca dan memahami maksudnya.

Untuk mengekalkan hidayah, kita perlu amalkan bacaan al-Quran supaya ia menjadi sebahagian daripada rutin seharian," katanya. Ini merujuk kepada hadis sahih riwayat al-Hakim yang menyatakan bahawa, 10 ayat dalam sehari, maka dia akan terpelihara daripada menjadi golongan yang lalai.

Bersungguh-sungguh

Tambahnya, hidayah juga boleh diperoleh apabila seseorang itu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana yang diterangkan dalam surah al-Ankabut, ayat 6.

"Contohnya, Prof Dr. Mourice Bulcailler, seorang saintis yang mengkaji al-Quran dan Bible demi mencari ketakjuban ilmu sains. Lalu beliau mendapati, fakta-fakta yang terkandung di dalam al-Quran adalah suatu keajaiban dan kebenaran Islam yang tersembunyi selama ini hingga akhirnya memeluk agama Islam," cerita Zahazan.

Allah s.w.t. juga mengajar umat Islam tentang cara-cara berdoa untuk mendapatkan hidayah sebagai mana terkandung dalam beberapa surah dari al-Quran, contohnya dalam surah ali-Imran. Surah al-Kahfi ayat ke 10 pula, Allah mengabadikan munajat pemuda-pemuda dalam gua tersebut agar dianugerahi kemantapan iman dan kesuburannya, ataupun dalam istilah yang lebih pragmatik iaitu istiqamah. Doa ini juga wajar diamalkan secara intensif oleh semua.

Selain itu, dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w turut menganjurkan kita agar memohon doa yang bermaksud: Ya Allah Ya Tuhanku, tetapkan aku dalam keimanan dan jadikan aku ini mampu memberikan hidayah kepada orang lain dan jadikan aku sentiasa mendapat petunjuk dari-Mu.

Perkara terakhir berkait dengan hidayah ialah taufik iaitu kemampuan untuk melakukannya.

Sebagai contoh, ramai orang berkemampuan untuk mengerjakan fardu haji tetapi menangguhkannya dengan alasan banyak kerja dan tanggungan yang perlu dibereskan.

Mereka seolah-olah merasakan rezeki mereka akan terhalang kerana pemergian ke tanah suci untuk tujuan melaksanakan kemuncak rukun Islam itu. Golongan ini hendaklah diterangkan bahawa rezki bukannya terletak pada kegigihan semata-mata. Keberkatan hendaklah diambil kira.

Begitu juga ramai umat Islam tidak menjalankan tanggungjawab berzakat kerana tiada taufiq, walaupun mengetahui ia merupakan suatu kefardhuan. Tidak terkecuali sikap pengguna muslim yang masih cenderung berurusan dengan sistem perniagaan, kewangan dan produk yang tidak halal walaupun mengetahui status haram dan syubhatnya.

Dalam konteks sosial pula kadangkala penduduk rumah-rumah murah di bandar-bandar besar yang kebanyakannya merupakan orang Islam kerap dikenali sebagai golongan yang kurang menjaga kebersihan.

Pada hemat saya perbuatan itu bukan sahaja menyebabkan pemandangan yang menjijikkan, malah mengundang penyakit, tambah beliau.

"Untuk mendapat taufik, kita perlukan rakan-rakan yang mampu mengingatkan kita tentang perkara-perkara yang baik," terang beliau.

Tegasnya lagi, hidayah juga dapat diusahakan dengan menghadiri kegiatan-kegiatan ilmu

"Jangan lupa juga membawa anak khususnya golongan remaja agar terlibat sama kerana dengan pengisian perkara manfaat ia bukan sahaja melindungi mereka daripada anasir melalaikan, malahan mengajar mereka gaya berkomunikasi secara sebenar sebagai bekalan dalam kehidupan mereka," kata Zahazan.

(Utusan 11/12/06)

Friday, December 08, 2006

How I came to Islam? (Yusuf Islam)


All I have to say is all what you know already, to confirm what you already know, the message of the Prophet (Sallallahu alaihi wa sallam) as given by God - the Religion of Truth. As human beings we are given a consciousness and a duty that has placed us at the top of creation. Man is created to be God's deputy on earth, and it is important to realize the obligation to rid ourselves of all illusions and to make our lives a preparation for the next life. Anybody who misses this chance is not likely to be given another, to be brought back again and again, because it says in Qur'an Majeed that when man is brought to account, he will say, "O Lord, send us back and give us another chance." The Lord will say, "If I send you back you will do the same."

MY EARLY RELIGIOUS UPBRINGING
I was brought up in the modern world of all the luxury and the high life of show business. I was born in a Christian home, but we know that every child is born in his original nature - it is only his parents that turn him to this or that religion. I was given this religion (Christianity) and thought this way. I was taught that God exists, but there was no direct contact with God, so we had to make contact with Him through Jesus - he was in fact the door to God. This was more or less accepted by me, but I did not swallow it all.

I looked at some of the statues of Jesus; they were just stones with no life. And when they said that God is three, I was puzzled even more but could not argue. I more or less believed it, because I had to have respect for the faith of my parents.

POP STAR
Gradually I became alienated from this religious upbringing. I started making music. I wanted to be a big star. All those things I saw in the films and on the media took hold of me, and perhaps I thought this was my God, the goal of making money. I had an uncle who had a beautiful car. "Well," I said, "he has it made. He has a lot of money." The people around me influenced me to think that this was it; this world was their God.

I decided then that this was the life for me; to make a lot of money, have a 'great life.' Now my examples were the pop stars. I started making songs, but deep down I had a feeling for humanity, a feeling that if I became rich I would help the needy. (It says in the Qur'an, we make a promise, but when we make something, we want to hold onto it and become greedy.)

So what happened was that I became very famous. I was still a teenager, my name and photo were splashed in all the media. They made me larger than life, so I wanted to live larger than life and the only way to do that was to be intoxicated (with liquor and drugs).

IN HOSPITAL
After a year of financial success and 'high' living, I became very ill, contracted TB and had to be hospitalized. It was then that I started to think: What was to happen to me? Was I just a body, and my goal in life was merely to satisfy this body? I realized now that this calamity was a blessing given to me by Allah, a chance to open my eyes - "Why am I here? Why am I in bed?" - and I started looking for some of the answers. At that time there was great interest in the Eastern mysticism. I began reading, and the first thing I began to become aware of was death, and that the soul moves on; it does not stop. I felt I was taking the road to bliss and high accomplishment. I started meditating and even became a vegetarian. I now believed in 'peace and flower power,' and this was the general trend. But what I did believe in particular was that I was not just a body. This awareness came to me at the hospital.

One day when I was walking and I was caught in the rain, I began running to the shelter and then I realized, 'Wait a minute, my body is getting wet, my body is telling me I am getting wet.' This made me think of a saying that the body is like a donkey, and it has to be trained where it has to go. Otherwise, the donkey will lead you where it wants to go.

Then I realized I had a will, a God-given gift: follow the will of God. I was fascinated by the new terminology I was learning in the Eastern religion. By now I was fed up with Christianity. I started making music again and this time I started reflecting my own thoughts. I remember the lyric of one of my songs. It goes like this: "I wish I knew, I wish I knew what makes the Heaven, what makes the Hell. Do I get to know You in my bed or some dusty cell while others reach the big hotel?" and I knew I was on the Path.

I also wrote another song, "The Way to Find God Out." I became even more famous in the world of music. I really had a difficult time because I was getting rich and famous, and at the same time, I was sincerely searching for the Truth. Then I came to a stage where I decided that Buddhism is all right and noble, but I was not ready to leave the world. I was too attached to the world and was not prepared to become a monk and to isolate myself from society.

I tried Zen and Ching, numerology, tarot cards and astrology. I tried to look back into the Bible and could not find anything. At this time I did not know anything about Islam, and then, what I regarded as a miracle occurred. My brother had visited the mosque in Jerusalem and was greatly impressed that while on the one hand it throbbed with life (unlike the churches and synagogues which were empty), on the other hand, an atmosphere of peace and tranquillity prevailed.

THE QUR'AN
When he came to London he brought back a translation of the Qur'an, which he gave to me. He did not become a Muslim, but he felt something in this religion, and thought I might find something in it also.

And when I received the book, a guidance that would explain everything to me - who I was; what was the purpose of life; what was the reality and what would be the reality; and where I came from - I realized that this was the true religion; religion not in the sense the West understands it, not the type for only your old age. In the West, whoever wishes to embrace a religion and make it his only way of life is deemed a fanatic. I was not a fanatic, I was at first confused between the body and the soul. Then I realized that the body and soul are not apart and you don't have to go to the mountain to be religious. We must follow the will of God. Then we can rise higher than the angels. The first thing I wanted to do now was to be a Muslim.

I realized that everything belongs to God, that slumber does not overtake Him. He created everything. At this point I began to lose the pride in me, because hereto I had thought the reason I was here was because of my own greatness. But I realized that I did not create myself, and the whole purpose of my being here was to submit to the teaching that has been perfected by the religion we know as Al-Islam. At this point I started discovering my faith. I felt I was a Muslim. On reading the Qur'an, I now realized that all the Prophets sent by God brought the same message. Why then were the Jews and Christians different? I know now how the Jews did not accept Jesus as the Messiah and that they had changed His Word. Even the Christians misunderstand God's Word and called Jesus the son of God. Everything made so much sense. This is the beauty of the Qur'an; it asks you to reflect and reason, and not to worship the sun or moon but the One Who has created everything. The Qur'an asks man to reflect upon the sun and moon and God's creation in general. Do you realize how different the sun is from the moon? They are at varying distances from the earth, yet appear the same size to us; at times one seems to overlap the other.

Even when many of the astronauts go to space, they see the insignificant size of the earth and vastness of space. They become very religious, because they have seen the Signs of Allah.

When I read the Qur'an further, it talked about prayer, kindness and charity. I was not a Muslim yet, but I felt that the only answer for me was the Qur'an, and God had sent it to me, and I kept it a secret. But the Qur'an also speaks on different levels. I began to understand it on another level, where the Qur'an says,

"Those who believe do not take disbelievers for friends and the believers are brothers."
Thus at this point I wished to meet my Muslim brothers.

CONVERSION
Then I decided to journey to Jerusalem (as my brother had done). At Jerusalem, I went to the mosque and sat down. A man asked me what I wanted. I told him I was a Muslim. He asked what was my name. I told him, "Stevens." He was confused. I then joined the prayer, though not so successfully. Back in London, I met a sister called Nafisa. I told her I wanted to embrace Islam and she directed me to the New Regent Mosque. This was in 1977, about one and a half years after I received the Qur'an. Now I realized that I must get rid of my pride, get rid of Iblis, and face one direction. So on a Friday, after Jumma' I went to the Imam and declared my faith (the Kalima) at this hands. You have before you someone who had achieved fame and fortune. But guidance was something that eluded me, no matter how hard I tried, until I was shown the Qur'an. Now I realize I can get in direct contact with God, unlike Christianity or any other religion. As one Hindu lady told me, "You don't understand the Hindus. We believe in one God; we use these objects (idols) to merely concentrate." What she was saying was that in order to reach God, one has to create associates, that are idols for the purpose. But Islam removes all these barriers. The only thing that moves the believers from the disbelievers is the salat. This is the process of purification.

Finally I wish to say that everything I do is for the pleasure of Allah and pray that you gain some inspirations from my experiences. Furthermore, I would like to stress that I did not come into contact with any Muslim before I embraced Islam. I read the Qur'an first and realized that no person is perfect. Islam is perfect, and if we imitate the conduct of the Holy Prophet (Sallallahu alaihi wa sallam) we will be successful. May Allah give us guidance to follow the path of the ummah of Muhammad (Sallallahu alaihi wa sallam). Ameen!

-- Yusuf Islam (formerly Cat Stevens)


Johari Yap minat Islam menerusi ibadat puasa



Oleh ZUARIDA MOHYIN

Johari Yap (tengah) sekeluarga bersama keluarga kandungnya. Ibu bapanya (dua dan tiga dari kanan) reda dengan pengislaman anak sulung mereka.

DUGAAN dan cabaran adalah lumrah dalam kehidupan setiap insan di muka bumi ini, apatah lagi bagi mereka yang bergelar saudara baru atau mualaf. Hakikat ini turut diperakui Pegawai Perhubungan di Yayasan Orang Kurang Upaya (OKU) Kelantan, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Johari Abdullah @ Yap Guan Kheng atau lebih dikenali dengan panggilan Johari Yap.

Menurut anak kelahiran Wakaf Bharu ini lagi, beliau tidak menghadapi masalah sebelum pengislaman memandangkan tinggal berjauhan daripada ibu bapa. Namun selepas memeluk Islam bermulalah episod peritnya, kira-kira 10 tahun lalu.

“Saya terpaksa berhenti kerja di Kuala Lumpur dan tinggal dengan bapa saudara di Batu Pahat, Johor selama lebih kurang setahun. Setelah keadaan agak reda, saya kembali semula ke Kuala Lumpur. Pada masa itu, walaupun tidak timbul ketegangan namun hubungan dengan keluarga kandung sudah tidak semesra dahulu.

“Sungguhpun keluarga tidak lagi memberi tekanan kepada saya, bahananya beralih kepada kedua-dua ibu bapa saya. Mereka dituduh tidak pandai mendidik satu-satunya anak lelaki sehingga sanggup bertukar agama. Ini kerana, saya adalah anak lelaki sulung daripada empat adik-beradik.

“Sementara itu, orang Melayu Islam pula cuba ‘meMelayukan’ saya. Apabila saya cuba mengekalkan identiti Cina, akan dituduh tidak Islamik. Jika terlebih keMelayuan pula, keluarga dan rakan-rakan Cina yang lain menuduh kita sudah masuk Melayu, bukan masuk Islam.

Dilema inilah yang menyebabkan saya seringkali serba salah,” katanya bersyukur berjaya mengharunginya dengan adanya Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Pun begitu, tegas Johari Yap, 31, sebagai seorang saudara baru, dugaan dan cabaran yang timbul merupakan asam garam dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

Beliau cuba berkongsi situasi genting yang dihadapinya acap kali tibanya sambutan Tahun Baru Cina di mana acara ‘makan besar’ bersama keluarga menjadi kemestian. Tambahan pula, kebiasaannya salah satu menu penting pada malam tersebut adalah daging khinzir.

“Tetapi jika tidak hadir, kesannya lebih besar seolah-olah saya cuba membelakangkan keluarga. Akhirnya saya tawakal dan menghadirinya. Pada malam itu, saya hanya menyentuh juadah berasaskan sayur-sayuran atau ulaman sahaja.

Alhamdulillah, apabila pakcik menyuruh saya menyembelih ayam kampung untuk dimasak, saya dapat mengagak bahawa keadaan akan berubah.

“Sangkaan saya benar apabila pada majlis makan besar itu, tiada daging khinzir yang disajikan. Sama ada mereka menyorok ataupun langsung tidak ada, itu tidak penting. Yang pasti, mereka menghormati saya sebagai orang Islam.

“Selain itu, ada pula orang Islam yang memberikan nasihat seperti: “Kalau balik rumah, jangan minum air yang disediakan ibu kamu kerana bimbang gelas yang digunakan itu pernah diisikan dengan air arak”.

Cuba bayangkan perasaan ibu apabila anak sudah tidak mahu minum air yang disediakannya hanya kerana berbeza agama. Kalau begitu, lebih baik tidak balik ke rumah, kalau akan menyakitkan hatinya.

“Sebenarnya, mereka yang memberikan nasihat-nasihat seperti ini, ramai berada di luar sana. Mungkin mereka yang memberikan nasihat ini tidak mempunyai saudara mara yang bukan Islam atau tidak mempunyai rakan-rakan yang bukan Islam.

Mereka ini lebih mementingkan fikah berbanding uslub dakwah,” kata Johari Yap dalam balasan e-melnya kepada penulis.

Berkongsi pula kisah ‘penghijrahan’ akidahnya, cerita anak kepada pasangan Yap Beng Chui dan Goh Sa Huay, selama enam tahun bersekolah di SRK Wakaf Bharu, beliau tinggal dengan nenek yang beragama Kristian Seventh Day Adventist (SDA) yang mana daging khinzir adalah haram.

Sejak kecil, Johari Yap sudah tidak menjamah daging khinzir lagi. Manakala, ibu yang beragama Buddha dan bapa yang berfahaman Kristian, memberi pilihan kepadanya untuk memilih antara dua agama tersebut.

“Apabila melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 1988, saya mula belajar berpuasa walaupun untuk separuh hari demi menyahut cabaran seorang rakan. Saya berjaya berpuasa penuh sewaktu di tingkatan tiga walaupun banyak rintangan yang ditempuhi seperti latihan kawad dan ketenteraan.

“Tidak kurang juga cemuhan daripada rakan-rakan Muslim yang mengatakan saya membuang masa kerana tidak dapat pahala kecuali lapar dan dahaga. Walau bagaimanapun, saya hanya berpuasa di RMC, apabila pulang bercuti, saya tidak berkesempatan berpuasa,” katanya.

Penghayatan Islam semakin serius dengan galakan seorang rakan yang juga seorang Cina Muslim generasi ketiga, Zubir Lee Yew Weng.

“Saya berjaya berpuasa penuh sebulan Ramadan pada 1992 semasa di tingkatan lima di RMC.

Saya mengikuti Zubir Lee ke kampungnya di Kuching, Sarawak selama seminggu sempena Hari Raya Puasa. Di situlah, buat pertama kali saya diajar makan ikan menggunakan chopstick dan melihat cara hidup Cina Muslim di sana.

“Sebagai seorang Cina yang berasal dari kampung di Kelantan, makan dengan menggunakan tangan adalah satu kebiasaan dan bukan pelik untuk melihat orang Cina Kelantan tidak pandai menggunakan chopstick,” terang Johari Yap yang mendapat bimbingan secara tidak langsung daripada salah seorang guru di RMC, Hafizul Ong Abdullah.

Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kota Bharu. Sebaik tamat peperiksaan STPM, beliau ke Kuala Lumpur untuk membantu rakan, Zubir Lee yang membuka cawangan perniagaan bapanya di Kuala Lumpur pada 1995.

Sewaktu di Kuala Lumpur, beliau mengambil kesempatan berkhatan biarpun masih belum berani bergelar Muslim.

Setahun kemudian, barulah beliau menyuarakan hasrat memeluk Islam. Tarikh 2 Mac 1996 adalah detik keramat dalam diari kehidupan Johari Yap kerana hari itulah beliau melafazkan syahadah di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Beliau ditemankan Zubir Lee dan Brig. Jen. (B) Datuk Mohd Shukor, yang juga merupakan bekas pelajar RMC.

Akui Johari Yap lagi, boleh dikatakan minatnya terhadap Islam timbul apabila dapat merasai nikmat berpuasa lebih-lebih lagi dirinya adalah jenis orang yang tidak boleh menahan lapar.

Selepas bergelar Muslim, akuinya, perasaan gementar masih wujud kerana tidak pasti kemampuannya menjadi seorang Muslim yang baik.

Persoalan yang sentiasa bermain di benaknya ketika itu ialah, “Bolehkah aku menunaikan sembahyang lima kali sehari sedangkan sejak 21 tahun lepas aku tidak pernah bersembahyang?"

Alhamdulillah dengan bimbingan ustaz-ustaz di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Wilayah Persekutuan ketika itu serta Ustaz Zainuddin dari Masjid Shah Alam, perasaan gementar itu hilang dan digantikan dengan perasaan tenang.

Malah beliau juga bersyukur kerana menerima pendidikan Jawi sepanjang bersekolah rendah dan ini banyak membantu dalam pengajian al-Qurannya.

“Tiga minggu selepas pengislaman, saya telah bertemu Dr. Norsila Abdul Wahab di Hospital Seremban. Perkenalan itu berakhir ke jinjang pelamin. Kini kami dikurniakan sepasang anak yang masing-masing berumur 6 dan 3 tahun, Mikhael dan Misha. Isteri dan anak-anak adalah hadiah terbaik anugerah daripada Yang Maha Kuasa.

“Sebelum memeluk Islam, saya amat rapat dengan ibu. Keadaan menjadi agak renggang setelah saya memeluk Islam tetapi pulih setelah saya mendapat anak. Semuanya bermula sewaktu mengikuti isteri yang melanjutkan pelajaran di London.

“Kami kembali ke Kelantan pada 2002, Mikhael diajar untuk memanggil ‘Akong’ kepada datuknya dan ‘Ama’ pada neneknya. Cucu lelaki sulung inilah merupakan pengikat kepada hubungan anak dan ibu bapanya,” katanya.

Kini Mikhael bersekolah tadika di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peir Chih, Kota Bharu.

Sekarang, keadaan menjadi lebih baik kerana Islam menyuruh umatnya menghormati ibu walaupun berlainan agama. Beliau cuba memberikan kasih sayang kepada ibu bapa melebihi daripada sebelum memeluk Islam.

Beliau ingin menonjolkan nilai-nilai murni dalam Islam melalui contoh yang baik ataupun dakwah Bil-Hal.

Malah isteri yang juga pensyarah Pergigian di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian banyak membantu memahami sekali gus membina hubungan rapat dengan mentua.

Di samping itu, ibunya amat berhati-hati mengenai makanan sehinggakan akan mencari logo halal jika ingin membelikan makanan untuk cucu-cucunya apabila berkunjung ke rumah Johari Yap. Jarak rumahnya di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dengan rumah keluarga di Kampung Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat ialah kira-kira satu jam perjalanan.

Nasihatnya kepada saudara baru, hormatilah ibu bapa kandung. Sayangilah mereka sebagaimana mereka membesarkan kita.

“Ibu bapa mana yang tidak sedih dengan pengislaman anak mereka. Terdapat kes di kampung saya di mana mereka yang memeluk Islam memutuskan hubungan sehingga berpuluh tahun lamanya dan ada juga yang terus menghilangkan diri.

Ada pula yang berasa jijik untuk pulang atau makan minum di rumah sedangkan di situlah dia membesar.

“Ada pula menjadi terlebih ‘alim’ sehingga tidak mahu berbahasa Cina kerana itu adalah bahasa tidak Islamik berbanding dengan bahasa Arab ataupun Melayu.

Ini adalah contoh yang tidak sihat dan tidak membantu dalam usaha dakwah Islamiah kepada bangsa Cina. Jika bukan disebabkan oleh sebab-sebab itu, mungkin keluarga saya tidak menentang atau mereka sekadar sedih sahaja,” katanya yang turut aktif sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Perkim Kebangsaan, Setiausaha Kehormat Macma, Cawangan Kelantan dan ahli jawatankuasa (AJK) Unit Hal Ehwal Saudara Baru, Islamic Outreach ABIM Kelantan.

Kini, Johari Yap bercita-cita mempelajari bahasa Mandarin dan memberi kefahaman Islam kepada seramai mungkin orang Cina yang bukan Islam. Mereka tidak menentang Islam atau memusuhi Islam, cuma mereka kurang faham mengenai Islam. Bahasa Hokkien yang digunakan ini hanya digunakan di Kelantan sahaja.

“Saya menjadi ahli Perkim dan Macma sejurus memeluk Islam. Di dalam persatuan ini saya dapat ramai kenalan Cina Muslim untuk bertukar-tukar pendapat serta berkongsi masalah.

Saya banyak memberi kaunseling kepada mereka yang ingin memeluk Islam serta baru memeluk Islam. Hubungan sesama ahli Macma di Kelantan amat rapat dan pada 31 Ogos lalu, kami mengadakan program Hari Keluarga Macma di Pulau Perhentian yang melibatkan 85 ahli dan keluarga.

“Peristiwa paling manis ialah diberi tanggungjawab mengIslamkan seorang gadis Cina oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada Ramadan tahun ini.

Nurul Annisa’ terima hidayah selepas koma



PASANGAN Nurul Annisa’ Abang dan Mohd. Farid Wardi Mohd. Bajury bersama penyeri rumah tangga mereka, Nur Khadra Maisarah.

Oleh ZUARIDA MOHYIN

PASANGAN Nurul Annisa’ Abang dan Mohd. Farid Wardi Mohd. Bajury bersama penyeri rumah tangga mereka, Nur Khadra Maisarah.

ATAU (keadaan orang kafir itu) adalah umpama (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah) gelap-gelita berlapis-lapis apabila ia mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali.

Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya. (al-Nur: 40)

Ayat di atas ini sedikit sebanyak ada persamaannya dengan kisah hijrah akidah wanita kelahiran Kuching, Sarawak, Nurul Annisa’ Abang, 26, empat tahun lalu. Biarpun sebelum itu, beliau aktif dengan agama Kristian dan merupakan pengikut setia agama tersebut namun tidak ada makhluk yang terkecuali daripada qada dan qadar Allah s.w.t.

Jika dahulu, kepercayaannya kukuh dengan agama warisan keluarga tetapi selepas peristiwa kemalangan jalan raya yang dialami pada awal 2002 menjadi titik awal yang membawa kepada pengislaman.

“Pada masa itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Motosikal yang saya tunggang berlanggar dengan sebuah van. Akibatnya saya mengalami kecederaan teruk dan menerima 17 jahitan di dagu, patah gigi serta kaki kanan patah dua dan terpaksa dimasukkan besi.

“Paling serius saya koma selama tiga hari. Dalam situasi itulah saya seolah-olah mengalami sesuatu yang agak pelik iaitu saya mendengar satu suara yang menyatakan sekiranya saya mati, saya mati dalam kufur. Ia berlaku berulang-ulang.

“Apabila saya sedar, saya bertanyakan kepada kakak angkat saya, Norliza Ahmad Yusof dan dia membawakan saya buku tentang sirah Rasulullah s.a.w. Sepanjang dalam cuti rehat panjang itulah, saya membaca dan mula tertarik dengan peribadi Baginda s.a.w.,” cerita Nurul Annisa’ berkongsi pengalaman luar biasanya sewaktu penulis berkunjung ke rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Nurul Annisa’ atau lebih mesra dengan panggilan Annisa’, selain membaca buku-buku yang dipinjamkan oleh kakak angkat dan teman-teman, beliau juga mencari inisiatif untuk mendalami Islam sekali gus memperoleh keyakinan.

Ketika kakitnya masih bersimen dan bergerak menggunakan tongkat, Annisa’ memenuhi hasrat untuk mengenali mengenai Islam.

Sewaktu meronda-ronda itulah, beliau ternampak bangunan ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. “Saya tidak menyangka setelah tujuh hingga lapan tahun berhijrah ke Kuala Lumpur bersama keluarga, rupa-rupanya itulah bangunan Perkim.

“Saya tidaklah bertekad untuk memeluk Islam tetapi sekadar untuk mengenali. Saya duduk di ruang tamu sebelum berjumpa dengan pegawai bertugas. Apabila bertemu dengan Ustaz Amran, dia meminta saya bercerita tentang agama saya. Saya agak pelik, tetapi menurut sahaja permintaannya.

“Sebelum pulang, saya takut berlaku kemalangan dan tidak sempat hendak peluk Islam lalu terpacul dari mulut saya untuk bergelar Muslim.

Tiga orang kawan datang menjadi saksi pengislaman.

Alhamdulillah, tidak ada masalah melafazkan syahadah kerana saya biasa mendengarnya melalui televisyen selain mungkin kebiasaan saya suka mendengar dan mengikut laungan azan,” kata Annisa’ yang tidak terus pulang ke rumah selepas detik bermakna itu tetapi bersama kawan-kawan keluar makan dan mandi sunat sempena pengislaman.

Kemudian barulah Annisa’ seperti baru tersedar daripada mimpi bahawa keluarganya yang lain belum Islam jadi bagaimana dengan nasib dirinya. Annisa’ menumpang di rumah temannya sehingga Maghrib dan sebelum pulang ke rumah, seorang teman menasihatkannya membaca ‘Bismillah’ dan melangkah masuk menggunakan kaki kiri.

*Disembunyikan

Selama beberapa minggu, rahsia pengislaman Annisa’ berjaya disembunyikan dan dia seperti biasa akan ke Perkim. Namun, lama-kelamaan ibunya dapat menghidu kelainan pada Annisa’.

“Saya sudah tidak makan di rumah dan sentiasa beli dari luar. Bila emak tidak bekerja, saya akan keluar tetapi pada satu hari itu, saya tidak sempat menyorokkan telekung dan dari situlah rahsia saya terbongkar.

“Emak tidak menampakkan kemarahannya tetapi dia menekan saya dengan menyediakan makanan dan minuman. Saya jadi serba salah dan Allah membantu, bila sepupu mengajak saya makan di luar.

“Namun semuanya diluahkan selepas dua bulan pengislaman. Bapa pula dapat tahu daripada teman sekerja yang ternampak saya di surau. Bapa tidak kisah dan saya juga bersyukur mempunyai seorang ketua yang memahami dan sentiasa memberi sokongan,” akui Annisa’.

Gadis ini sebelum memeluk Islam membuat kajian tentang agama asal dan agama Islam.

Malah beliau amat tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang mempertikaikan pengislaman dan menganggap semuanya gara-gara hendak berkahwin dengan pemuda beragama Islam.

Ini terbukti apabila Annisa’ pernah bersemuka dengan seorang pemimpin agama asalnya atas permintaan ibunya untuk menjelaskan kenapa beliau memilih Islam.

Akhirnya emak menerima keputusan pengislaman Annisa’ tetapi beliau tidak betah duduk di rumah kerana emak selalu menjemput kumpulan gereja berkumpul di rumah.

Atas faktor tersebut, Annisa’ kemudiannya mengambil keputusan berpindah ke rumah kawan.

“Setahun kemudian, ibu jatuh sakit dan saya diberitahu keadaan ibu setelah beberapa hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bermula saat itulah, saya cuba bina semula hubungan baik dengan emak. Apatah lagi, saya pernah mengalami mimpi selepas pengislaman iaitu seolah-olah berada di Padang Mahsyar, di mana semua manusia dibahagi-bahagikan mengikut agama.

“Saya menitiskan air mata bila mengenangkan bagaimana keadaannya dengan keluarga kami. Lantaran sejak itu, saya tidak henti-henti berdoa agar mereka turut sama menerima hidayah Allah.

Saya akui saya mungkin tidak berdakwah dengan kata-kata tetapi berusaha menunjukkan contoh akhlak mulia, penekanan aspek kebersihan dan mengambil berat hubungan kekeluargaan (sungguhpun berbeza kepercayaan),” terang Annisa’ yang berdarah kacukan Iban dan Cina.

*Membuka minda

Malah akuinya lagi, beliau tidak berdakwah mengenai keindahan Islam tetapi menyentuh mengenai kelemahan agama asalnya agar secara tidak langsung, dapat mencetuskan kesedaran dan membuka minda mereka.

Annisa’ tidak segan mengakui perjalanan pengislaman beliau juga melalui frasa-frasa tertentu. Sebagai contoh selepas memeluk Islam, beliau memperoleh ketenangan jiwa tetapi masih belum sepenuhnya menurut ajaran Islam terutamanya dari segi berpakaian tetapi perkenalan dengan suami seusia, Mohd Farid Wardi Mohd. Bajury, lebih menyedarkannya.

“Kami berkenalan pada tahun selepas saya mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah doa saya agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat memberi didikan agama termakbul.

Suami saya memperkenalkan Islam secara lebih luas malah kami selalu membincangkan isu-isu yang lebih serius seperti isu imam, ulama, perbezaan mazhab dan banyak lagi,” jelasnya.

Pada awalnya kata Annisa’, emak berharap beliau berkahwin dengan seorang yang mualaf tetapi rupa-rupanya bakal bermenantukan seorang lelaki Melayu. Namun, suaminya tidak pandai bermuka-muka dan akhirnya keluarga dapat terima.

“Malah sehingga kini, kami begitu selesa apabila pulang ke rumah kerana ibu amat menghormati dan memahami soal halal dan haram, terutamanya dalam urusan pemakanan.

“Saya pernah beberapa kali diminta memakai tudung bagi melengkapkan pengertian seorang Muslim. Alasan yang selalu diberi ialah belum sampai seru. Apabila suami mempersoalkan bagaimana sekiranya hasrat kita dibalas serupa oleh Allah s.w.t.

“Saya mula tersentak dan alhamdulillah sebulan sebelum diijab kabul saya dengan rela hati bertudung,” katanya yang kini dikurniakan puteri sulong, Nur Khadra Maisarah, tujuh bulan.

Annisa’ bercita-cita untuk menjadi pendakwah bagi saudara baru, bagaimana beliau terlebih dahulu berhasrat menguasai bahasa Arab dan belajar ilmu tafsir. Harapan beliau seterusnya ialah menunaikan haji jika diizinkan Allah.

(sumber: UM)

Pengenalan

Salam.

Blog ini aku sediakan khas untuk mengumpul cerita-cerita mengenai penghijrahan dari yang bukan Islam kepada Islam, ataupun dari jahat kepada baik. Sesuai dengan tajuk blog ini, aku harap aku dapat menimba sesuatu yang amat berharga daripada cerita-cerita mereka yang telah Allah kurniakan HIDAYAH ini.

Cerita-cerita realiti sebegini sentiasa menjadi minatku dalam mencari bahan bacaan yang mampu membuatkanku lebih mengenali Islam agamaku ini, dari kaca mata orang lain.

Semoga aku juga terpilih untuk mendapat HIDAYAHNYA...Amin