::~ :: HiDaYaH ::~::

Friday, January 18, 2008

Penghijrahan Agung seorang Ketua Paderi

"Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.

Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamatpengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti.

Konflik Diri Yang Tidak Terbendung

Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"

Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.

Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata, “Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.

Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, “Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."

Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"

Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."

Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian."

Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"

Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka mesti dibaptiskan air suci.

ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi

iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)

iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci

v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma

vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi

vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.

Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.

Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia;

Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.

Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.

Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.

Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.

Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam.

Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.

Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."

Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.

Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya
kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.

Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitabtersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.

Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya
meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya hidayah

Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya.
Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, ”Negeri apakah ini?"

Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."

Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan membersihkan badan saya.

Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah."

Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam."

Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam."

Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.

Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

Kekuatan diri

Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.

Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus."

Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."

Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"

Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.

Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.

Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.

Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap dating walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.

Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu encukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"

Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.

Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.

Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak.

Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.

Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis.

Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;

Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."

Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran."

Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.

Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?"

Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.

Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapa sasaran Kristian

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.

Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu".

Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat

'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'

SEBAGAI UMAT ISLAM ..... JALANKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEBARKAN RISALAH INI"

aku cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......DAHULUKAN
KEPENTINGAN ALLAH....

Wednesday, July 18, 2007

simple thoughts


If God brings you to it,
He will bring you through it.
In Happy moments, praise God.
In Difficult moments, seek God.
In Quiet moments, worship God.
In Painful moments, trust God.
In Every moment, thank God
Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they''ll become ur destiny...

Thursday, May 17, 2007

A Faithful Woman




An elderly Muslim lady was well-known for her faith and for her confidence in talking about it. She would stand in front of her house and say "Allah be praised" to all those who passed by.
Next door to her lived an atheist who would get so angry at her proclamations he would shout, "There ain't no Lord!!"
Hard times came upon the elderly lady, and she prayed for Allah to send her some assistance. She would pray out loud in her night prayer "Oh Allah! I need food!! I am having a hard time, please Lord, PLEASE LORD, SEND ME SOME GROCERIES!!"

One night the atheist happened to hear her as she was praying, and decided to play a prank on her. The next morning the lady went out on her porch and found a large bag of groceries. She raised her hands and shouted, "Allah be praised!."

The neighbor jumped from behind a bush and said, "Aha! I told you there was no Lord. I bought those groceries, God didn't."

The old lady laughed and clapped her hands and said, "ALLAH BE PRAISED. He not only sent me groceries, but he made the devil pay for them!"

(source: http://ulamaummah.blogspot.com/2007_04_01_archive.html)

Monday, January 29, 2007

Teori evolusi Darwin pesong kejadian insan



PENEMUAN hasil kajian saintis dalam pelbagai bidang menemukan kebenaran ayat al-Quran berkaitan kejadian alam dan kejadian. Mereka menerima kenyataan al-Quran datangnya daripada Allah, yang mencipta alam ini. Justeru, apa yang terkandung di dalam al-Quran adalah tepat.

Namun, masih ada golongan yang percayakan mengenai teori evolusi. Teori evolusi menjelaskan apa yang ada hari ini berbeza pada masa lalu. Perubahan secara evolusi (perlahan atau beransur-ansur) mengubah apa yang asal kepada satu bentuk lain.

Tidak terkecuali melalui proses evolusi ialah manusia. Lebih mudah dikatakan bahawa manusia asalnya bukan seperti manusia hari ini. Itulah yang dipercayai oleh golongan yang mengagungkan teori evolusi.

Setiap Muslim mesti mempercayai manusia pertama dicipta ialah Nabi Adam. Manusia bukan terhasil melalui proses evolusi daripada makhluk lain yang bertukar menjadi manusia seperti sekarang.

Adam dicipta daripada tanah liat seperti firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 26 bermaksud: Kami menjadikan manusia itu daripada tanah liat hitam kering, daripada tanah hitam yang berubah baunya.

Manakala sabda Rasulullah pula bermaksud: Kamu semua adalah daripada anak Adam dan Adam daripada tanah. Manusia itu daripada anak Adam dan Allah mencipta Adam daripada tanah. (Hadis riwayat Abu Daud).

Penciptaan Adam dalam keadaan sempurna, yang menjadi bapa kepada seluruh manusia daripada mula hingga ke hari kiamat. Adam dilantik sebagai khalifah di muka bumi dan nabi pertama yang mampu menguruskan kehidupan dan menimba ilmu pengetahuan.

Allah membezakan penciptaan manusia berbanding makhluk lain. Manusia diciptakan dengan kelebihan akal dan nafsu.

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. (Surah at-Tin, ayat 4).

Oleh itu tidak tepat jika mempercayai bahawa teori evolusi mengenai asal kejadian manusia. Pembuktian dalam hal-hal lain berkaitan evolusi tidak boleh dijadikan bukti asal kejadian manusia.

Teori evolusi menggambarkan bahawa kejadian manusia berasal daripada beruk atau kera besar. Ketika melalui evolusi sebagai manusia purba, peradaban manusia didakwa belum sempurna. Hidup secara rakus ala alam haiwan, terikut-ikut cara hidup sebelum itu.

Berdasarkan teori evolusi, jika Adam dianggap manusia pertama yang sempurna, maknanya Adam dilahirkan oleh generasi beruk sebelum itu. Ini jauh sekali daripada apa yang dijelaskan oleh Allah Adam (manusia) dicipta daripada tanah.

Kadar evolusi manusia juga didakwa berbeza-beza mengikut keturunan berdasarkan warna kulit. Menurut fahaman Darwinisme (kepercayaan terhadap teori evolusi), bangsa kulit putih lebih tinggi dari segi evolusinya daripada orang berkulit hitam.

Inilah sebab dijadikan alasan mengapa kaum kulit putih lebih ke hadapan cara pemikiran dan gaya hidup berbanding kulit hitam. Contohnya, bangsa yang kulitnya hitam pekat, dianggap lebih dekat dengan keturunan orang hutan.

Fahaman inilah sedikit sebanyak mempengaruhi orang kulit putih menjadikan orang kulit hitam sebagai hamba abdi. Mereka berasa lebih mulia berbanding orang kulit hitam. Dalam keadaan lebih hina, orang kulit putih mendakwa orang kulit hitam masih layak dilayan seperti haiwan kerana belum berevolusi sepenuhnya menjadi manusia sempurna.

Sedangkan sebenarnya, Allah mencipta manusia berlainan bangsa dan warna kulit adalah untuk manusia saling kenal mengenali dan berkasih sayang. Manakala penilaian Allah terhadap manusia adalah berdasarkan kepada takwa.

Teori evolusi asalnya turut menyandarkan kepada alasan bahawa perbezaan genetik amat kecil antara manusia dan cimpanzi. Cimpanzi dianggap keturunan beruk yang memasuki evolusi terakhir sebelum memasuki fasa manusia purba. Penyokong teori evolusi mendakwa 99 peratus genetik manusia menyamai genetik cimpanzi.

Teori evolusi berasaskan genetik ini pada mulanya sukar dipatahkan oleh orang Islam memandangkan ahli sains Islam tidak mempunyai kemahiran tinggi tentang genetik biarpun ilmu genetik mulanya diasaskan oleh orang Islam. Pun hakikatnya, orang Islam tidak pernah dipesong oleh teori evolusi, melainkan sedikit bilangannya disebabkan kelemahan iman.

Pembohongan kaitan genetik terbongkar apabila sainstis bukan Islam yang membuat kajian mengenai genetik untuk menyokong teori evolusi menemui sebaliknya. Persamaan antara manusia dan cimpanzi dari segi genetik sebenarnya hanya sekitar 95 peratus

Kita menanti lahir ahli sains Islam yang dapat menyangkal sepanuhnya teori evolusi. Sekarang ini kita menggunakan uji kaji dijalankan ahli sains bukan Islam. Mungkin ada sesuatu yang mereka rahsiakan.

Menurut apa difirmankan Allah dalam al-Quran, ada empat cara manusia dicipta. Selain Adam dicipta daripada tanah, Hawa pula dicipta daripada tulang rusuk Adam. Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Sedangkan manusia lain dicipta melalui proses biasa memerlukan cantuman mani dalam rahim.

Individu Muslim tidak boleh sama sekali menerima pakai teori evolusi mengenai kejadian manusia kerana dalam al-Quran menjelaskan keturunan manusia berasal daripada Adam. Kandungan al-Quran tidak harus diragui. Mempercayai kepada al-Quran (percaya kepada kitab) adalah termasuk Rukun Iman.

Allah tidak melarang kita mengkaji kejadian alam. Diharapkan kajian yang dilakukan akan memperkuatkan tanda keimanan dan mengakui kebesaran Allah. Semakin banyak yang dikaji, semakin menemukan kehebatan ciptaan Allah.

Malangnya, bagi pengkaji kafir, semakin banyak dikaji, semakin terasa keangkuhan. Mereka bukan tidak menemui kebenaran dalam kajian, tetapi sengaja memesongkan ilmu yang diperoleh. Pengkaji kafir sengaja menafikan kebenaran kandungan al-Quran yang banyak menyebut mengenai kejadian alam.

Hampir semua tokoh komunis dan pengikutnya mempercayai mengenai teori evolusi kejadian manusia. Ini bersesuaian dengan keyakinan mereka bahawa tidak ada pencipta manusia. Alam ini terjadi sendiri melalui proses evolusi sejak beribu jutaan tahun lalu. Fahaman komunis menolak kenyataan adanya Maha Pencipta alam ini.

Proses evolusi mungkin sesuai untuk membincangkan kejadian makhluk lain. Itupun hanya satu andaian. Hanya Allah mengetahui kejadian alam ini dan seluruh isinya, bermula ia dicipta dan apa yang akan berlaku seterusnya. Allah Maha Pencipta.

(BH 29/01/07)

Friday, January 26, 2007

Ex OC actress Angela convert to islam

Sunday, January 14, 2007

‘Tuan Edmund’ puas berdebat sebelum peluk Islam

‘Tuan Edmund’ puas berdebat sebelum peluk Islam

Oleh SITI AINIZA KAMSARI


MOHD. Danial Edmund B. John.

SYUKUR kepada Allah s.w.t. walaupun agama-Nya kini berhadapan dengan pelbagai asakan dan cabaran. Namun masih ada di celah-celah cabaran itu mereka yang akhirnya mengakui kebesaran-Nya dan tanpa paksaan mana-mana pihak sanggup meninggalkan agama asalnya untuk memilih Islam.

Antaranya ialah Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPD), Inspektor Mohd. Danial Edmund B. John, 25, yang memeluk Islam pada April lalu.

Penulis mengenali beliau sejak hampir setahun lalu ketika bertugas di Meja Jenayah Utusan Malaysia. ‘Tuan Edmund’ ialah manusia yang sentiasa bersaing dengan masa.

Sebagaimana pesatnya bandar raya Petaling Jaya itu sendiri, begitu jugalah kadar kemalangan jalan raya yang berlaku setiap hari di daerah itu.

Jadi, Edmund tidak pernah senang duduk dan beliau sering dilihat berada di hampir setiap tempat kejadian kemalangan tanpa mengira kecil atau besar, panas atau hujan, siang atau malam, dekat atau jauh.

“Melayan semua rekod kemalangan juga menyebabkan saya sering tidak menyedari begitu pantasnya masa berlalu. Tahu-tahu malam sudah melabuhkan tirai,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Oleh itu, bilakah Edmund berpeluang untuk mengenali Islam sehingga membolehkan beliau akhirnya mengucapkan kalimah syahadah?

“Saya mengaku kerelaan saya meninggalkan ajaran Kristian dan memeluk Islam adalah kerana saya ingin mengahwini teman wanita saya yang merupakan seorang beragama Islam.

“Dengan memeluk Islam, ia membolehkan saya bertunang dengannya baru-baru ini dan jika tidak ada sebarang aral, kami akan bernikah hujung tahun ini,’’ katanya sambil tersenyum.

Pun begitu, Edmund yang kini mahu dikenali sebagai Danial berkata, beliau tidak begitu memikirkan soal perkahwinannya itu berbanding tanggungjawab utama beliau kini iaitu untuk belajar dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul.

“Walaupun perkahwinan itu penting, tetapi bagi saya mengenali dan mempelajari Islam itu kini lebih saya utamakan.

“Ini kerana saya mahu mempunyai pegangan Islam yang kukuh bagi membolehkan saya dan tunang, Norawati Ibrahim, 26, mampu melayari bahtera perkahwinan yang kuat untuk menempuh sebarang cabaran yang mendatang,’’ katanya.

Bagi Danial, tidak ada yang lebih menjamin kebahagiaan rumah tangga kecuali pasangan suami isteri itu mempunyai pegangan dan mengamalkan ajaran agama yang sama.

“Saya tidak memeluk Islam semata-mata kerana menghormati agama bakal isteri saya. Ini kerana sekadar hormat sahaja berapa lama ia dapat bertahan.

“Malah itu sebenarnya hanya bersifat luaran sedangkan menikmati iman yang sama dapat membereskan banyak perkara dalam perhubungan suami isteri,’’ jelasnya. Begitu pun Danial mengaku bukan mudah untuk beliau meninggalkan agama asalnya.

Lebih-lebih lagi beliau yang berasal dari Tenom, Sabah adalah anggota suku kaum Lundayeh yang kebanyakan masyarakat di kampungnya merupakan penganut Kristian.

“Saya sendiri dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai kepercayaan dan pegangan yang begitu kuat terhadap Kristian aliran Protestan. Bapa saya sendiri ialah ahli gereja yang menyebabkan beliau dipandang tinggi oleh masyarakat,’’ katanya.

Sebagai anak sulung daripada empat adik-beradik, Danial diasuh mengenai ajaran-ajaran Kristian dan beliau juga suka menghabiskan masa membaca kitab Injil.

“Walaupun ada ibu saudara saya – yang satu-satunya memeluk Islam dalam keluarga kami – namun saya sendiri tidak pernah terfikir mengenai agama lain kecuali Kristian,’’ katanya.

Sehinggalah Danial kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Taman Maluri, Cheras

“Selepas saya mendapat diploma dalam jurusan Sains Komputer dan mula menyertai pasukan polis pada tahun 2003, saya masih mampu mempertahankan Kristian walaupun tidak lagi sekuat berbanding semasa berada di Sabah,’’ katanya.

Tetapi apabila mula bertugas di IPD Petaling Jaya, pandangan hidupnya mula berubah akibat suasana baru di situ.

“Di sini majoriti petugas dan kakitangannya beragama Islam. Jadi ini memberikan kesan pada diri saya secara tidak langsung.

“Sedikit demi sedikit, saya mula mengenali Islam melalui pergaulan dan sehinggalah tiba bulan puasa, misalnya, saya sendiri ikut berpuasa,” tambahnya.

Puasa

Menurut Danial, suasana itu cukup harmoni lebih-lebih lagi apabila tiba masa berbuka puasa beramai-ramai.

“Saya rasa sungguh gembira dengan suasana seperti itu tetapi apabila masing-masing kemudian berkejar pulang untuk merebut peluang mendirikan sembahyang sunat tarawih, misalnya, saya tiba-tiba menjadi sedih dan keseorangan.

“Jadi semua ini menyebabkan saya cuba mengenali Islam dan atas dorongan dan sokongan kuat beberapa kakitangan di sini, niat saya untuk memeluk Islam menjadi semakin kuat,’’ katanya.

Namun perjalanan memeluk Islam masih tidak mudah selagi Danial tidak menafikan ‘kebenaran’ ajaran Kristian yang beliau anuti selama ini.

“Saya bukannya seorang alim malah mengaji Injil pun tidak habis tetapi pada masa itu saya tidak nampak apa kurangnya Kristian.

“Jadi semasa mengikuti pengajian Islam di Perkim, saya selalu berdebat dengan ustaz mengenai Islam dan Kristian.

“Kami berhenti berdialog hanya untuk sembahyang dan makan, yang lain sehingga larut malam kami tidak henti-henti membicarakan soal agama ini,’’ katanya.

Akhirnya Danial dapat menerima dan mengakui sepenuhnya kebenaran mengenai Islam.

“Malah yang lebih mengharukan Islam sebenarnya meletakkan Nabi Isa mempunyai kedudukan yang tinggi sehinggakan diperuntukkan surah Maryam dalam kitab suci al-Quran yang menjelaskan kedudukan Nabi Isa,” jelasnya.

Kata Danial, penjelasan tersebut begitu menjawab persoalan selama ini sama ada baginda itu benar-benar tuhan atau nabi.

“Rupa-rupanya baginda hanyalah seorang manusia yang menerima wahyu untuk memberi petunjuk kepada manusia yang lain dan bukan juga raja yang mempunyai kekuasaan atas hidup dan mati rakyatnya,’’ katanya.

Perjalanan hidup Danial sebenarnya semakin ‘mencabar’ kerana pengislamannya itu bakal mengundang lebih banyak cabaran dan salah tanggapan ramai pihak.

“Saya memaklumi perkara ini dan dalam keadaan saya masih begitu baru dalam Islam tentu saya memerlukan kekuatan dan ketabahan yang tinggi.

“Namun, apa yang pasti pengislaman saya ini tidak melahirkan Danial yang lupa daratan, lupa pada asal usulnya jauh sekali ingin memisahkan diri daripada keluarga dan zaman lampaunya,’’ katanya.

Kata Danial, beliau masih mahu menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan perbezaan agama tentunya bukan menjadi penghalang.

“Saya begitu menyayangi dan sangat memerlukan keluarga saya dan berharap kepulangan saya pada suatu hari nanti ke pangkuan mereka dapat diterima dengan baik.

“Kali ini lebih istimewa bersama bakal menantu sebagai anggota keluarga baru yang juga tidak sabar untuk mengenali dan menjadi sebahagian daripada hidup mereka,’’ katanya

(sumber: UM 27 Julai 2006)

Saturday, January 13, 2007

Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik


Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik


SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. BErdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

(sumber: BH 13/1/07)